Tuesday, August 11, 2015
Tribute to Hisham Abu Hussein
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran, 3:185)
Ketika ini, aku masih lagi runsing dan dalam kesedihan. Bukan kerana aku tidak dapat menerima taqdir Allah dan redha atas segala yang berlaku, tetapi kenangan sejak bersama Al-marhum Hisham Abu Hussein silih berganti datang. Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati aku, dan sahabat-sahabat karibku yang lain.
Pagi Ahad lepas, aku dikejutkan dengan beberapa gambar dan message di Whatsapp group tentang satu kemalangan. Salah seorang rakan baik kami telah mengalami kemalangan ketika pulang dari satu majlis meraikan anak yatim di Ipoh anjuran MyS Perak, dan keadaan kemalangan itu sangat menyedihkan. Aku ralat ketika membaca berita itu, dan air mataku bergenang tanpa aku sedari. Aku meraung sendirian kelu tak terkata..
Utama difikiranku ketika itu, aku mengharapkan berita itu tidak benar dan yang terlibat itu bukanlah sahabat baikku, tetapi orang lain yang memandu keretanya. Tapi selepas beberapa ketika, rakan-rakanku mengesahkan itu adalah rakan kami. Allah, sedihnya tidak dapat digambarkan.
Di Majlis pengkebumian Arwah, setiap dari kami menangis. Kenangannya terlalu banyak. Dan sahabat kami itu adalah yang paling mesra, ramah dan banyak membantu orang. Tidak siapa menjangkakan dia dahulu yang akan pergi meninggalkan kami.
Berpegang pada ayat cliche di ataslah, aku sedikit demi sedikit mengumpul kekuatan. Kembali kepada kewarasan tentang taqdir Allah dan ketentuanNya yang tidak sedikit pun kita mampu jangkakan. Sesiapa sahaja mampu dijemput pergi tanpa sebarang amaran dan tanda. Allahuakbar!
Sesungguhnya, pemergian sahabat aku ini membawa kesedihan yang sangat besar. Dan peringatan yang amat keras dan mendalam untuk diriku. Allahuakbar! Ampunkan dosaku ya Allah dan berikanlah aku peluang dan hidayah untuk bertaubat sebelum ajalku. Janganlah engkau ambil nyawakau dalam keadaan aku berhutang, berdosa dan hina!
Setiap dari kita pasti akan menemui ajal. Sama ada kita mahu bersedia atau tidak, diri sendiri sahaja yang mampu menjawabnya. Peringatan ada disekeliling. Jangan kata yang memiliki hadiah Allah seperti aku ini lebih tinggi kebarangkalian untuk mati, yang sihat walafiat pun tidak dapat lari dan menjangka bila akan tiba waktunya. Bersedia sahajalah!
Berehatlah mu di SANA wahai sahabat & tenanglah dirimu di sisi Penciptamu.. kami juga akan menyusulmu nanti. Semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan para solehin... Amin.
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (petikan An-Nisa', 4:78)
just my 2cents at 11:16 AM |
1 Comments:
Mmg terasa sedih lain mcm
By Unknown, at August 11, 2015 at 11:53 AM
Post a Comment
<< Home