Sunday, January 12, 2014
SKVE Trauma
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga WAJAR diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri dan keluarga tersayang.
Semoga kisah yang terjadi pada kami menjadi iktibar dan ingatan buat kita semua.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini terjadi sekitar jam 10 malam semalam (Jumaat, 10/1/2014) sebaik sahaja kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Puchong dari Serdang (melalui SKVE).
Setibanya di persimpangan Hospital Serdang, saya mula menyedari sebuah lori 3 tan asyik mengekori kereta kami dari jarak yang terlalu dekat sedangkan jalan pada waktu tidak sibuk dan lori itu boleh memotong. Tanpa mengesyaki sesuatu benda buruk, saya memecut sedikit untuk menjarakkan kereta kami ke hadapan sedikit tetapi lori itu masih tetap mengekori kami dengan amat rapat.
Lebih kurang dalam 500m sebelum sampai Petronas SKVE (laluan menghala ke Shah Alam/Banting), mungkin disebabkan terlalu lama mengekori di belakang dan saya tetap memecut untuk memastikan jarak kereta tidak terlalu rapat.. lori itu memotong ke kiri sambil pemandu lori seorang lelaki berbangsa India melambai2 tangan menunjukkan sesuatu ke arah belakang kereta kami. Terus saya terfikir, tayar kereta pancit ke? Serba salah.. antara mahu turun dan lihat atau teruskan memandu dan berada di dalam kereta.
Menyedari banyak kes samun dan juga teringat kisah-kisah 'langgar dan samun' sebegini. saya terus memecut kenderaan menuju ke arah Cyberjaya memandangkan keadaan yang agak gelap di lebuhraya tersebut sambil lori tersebut kelihatan cuba untuk mengejar. Saya agak bernasib baik kerana dapat melepaskan diri dengan menggunakan jalan ‘shortcut’ ke rumah kami.
Sejurus sampai di rumah, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta dan keadaan tayar. Apa yang saya dapati ialah TIADA LANGSUNG SEBARANG KEROSAKAN!
Sungguh tidak kami sangka benda yang hanya selama ini di baca dari laman sosial akhirnya betul2 kami alami sebentar tadi. Tak dapat saya bayangkan, kalau saya berhenti dan apa yang akan tejadi selepas itu.. Nauzubillah min zalik
Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur.. tiada sebarang perkara yang buruk terjadi pada kami sekeluaraga.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa. Dengan kehimpitan hidup pada masa ini, manusia semakin terdesak dan sanggup untuk melakukan apa saja demi mendapatkan duit.
Semoga kita semua sentiasa selamat dan dilindungi Allah SWT
just my 2cents at 1:01 PM |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home