Edge Azwan

Monday, February 8, 2010

Ingat 2 perkara & Lupa 2 perkara

Ingat 2 perkara itu ialah ingat kebaikan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Manakala lupa 2 perkara pula adalah, lupa kebaikan kita pada orang dan lupakan keburukan orang pada kita.

Namun pada zaman mutakhir ini, jarang sekali kita dapati tentang perkara ini. Hari ini kita lebih banyak dan lebih suka mencari keburukan orang lain walaupun ada kebaikan yang pernah ia lakukan. Masing-masing ingin mencapai puncak tertinggi untuk sentiasa menjatuhkan orang lain dalam mendapat sanjungan dan pujian duniawi walaupun terkadang perlu melanggar syariat agama.

Adapun anjuran ini tidak bermaksud agar kita selalu menyenangkan dan menjaga hati setiap orang lain kerana kita tidak akan mampu untuk melakukannya. Kita takkan dapat untuk sentiasa menjaga hati setiap orang di sekeliling dan kekadang kita pula yang sentiasa makan hati disebabkan menjaga hati setiap orang.

Hidup akan menjadi kusam dan penuh dengan kebingungan apabila kita sering melihat keburukan orang lain. Tetapi apabila kita selalu bersangka baik dan memandang kebaikan orang lain, hidup kita menjadi lebih menyenangkan dan kita akan mempunyai banyak masa untuk menghargai setiap orang lain dengan hati yang lapang.

Begitu juga dalam berhubungan, janganlah kita berteman dengannya kerana kelebihannya, kerana disebabkan terlalu menyanjung kelebihannya yang ada padanya, apabila ada 1 kekurangan yang ada padanya, kita akan menjauh dan membencinya. Yang terbaik adalah, terimalah seadanya dan saling melengkapi kekurangan masing-masing.. =)

Kita tidak suka dengan keburukan tersebut, maka singkirkan lah ianya dahulu daripada diri kita sebelum kita melihatnya pada orang lain..


just my 2cents at 9:52 AM |

0 Comments:



<< Home