Edge Azwan

Monday, December 31, 2007

pure ignorance?

I was talking with Alang just now and he gave me this link from utusan
malaysia, a complain by a teacher (from kuala pilah) about the
"ridiculous" price of ice coffee in putrajaya. read this funny shit here:


Terkejut kopi ais "sepuluh ringgit'' di Putrajaya


S
audara Pengarang,

PADA 29 Oktober 2007, saya telah membawa 36 pelajar saya ke Masjid Putrajaya
sebagai program lepasan PMR. Sementara menunggu masuk waktu Asar, saya mencari
tempat minum, maklumlah selalunya waktu itu masa untuk minum petang.


Setelah jumpa tempat yang dicari, iaitu di tingkat bawah sebelah masjid itu,
terdapat banyak gerai atau medan selera yang agak indah menghadap ke tasik.


Saya terus ke gerai yang terpampang namanya iaitu nama yang terdapat di sebuah
bandar atau negeri di Amerika Syarikat. Gerai itu dihias indah dengan susunan
banyak tin kopi dan biji kopi di dalam balang yang belum dihancurkan.


Saya terus membuat pesanan kopi ais kepada dua orang pekerja dan dia tanya saya
sama ada nak tambah perisa atau tidak serta mencadangkan nama-nama perisa
seperti vanila dan bermacam-macam lagi.


Saya terus jawab bubuh sajalah apa-apa perisa dan kerana gerai itu layan diri,
saya terus ambil minuman yang dah siap dan tanya berapa harganya.


Pekerja yang memakai cermin mata itu terus menjawab: "Sepuluh ringgit bang.''


Saya sungguh terkejut. Maklum sajalah orang kampung, biasa minum air seperti
itu harganya tidak lebih RM1.50 sahaja. Dalam keadaan terpaksa saya terus bayar
dan bawa air ke tempat duduk. Dua tiga kali sedut dah habis dan rasanya sama
saja seperti









Nescafe Ais yang telah saya minum di tempat lain.


Persoalannya, adakah patut harga kopi tersebut sebanyak itu dan tempatnya bukanlah
di hotel-hotel atau restoran yang besar. Hanya gerai di belakang kawasan
masjid. Adakah pihak berkuasa di situ seperti Perbadanan Putrajaya membenarkan
harga tersebut.


Sebaik saja minuman mahal saya habis, lima orang pelajar saya datang mencari
minuman di situ. Saya terus memberitahu harga kopi tersebut, mereka terus
beredar ke masjid untuk sembahyang Asar. - ORANG KAMPUNG, Kuala Pilah.




wahahahaha i'm speechless. out of words. simply not right. not right at all.
how can ORANG KAMPUNG be so ignorant? oh i love the reply by PENGHUNI
PUTRAJAYA. nicely said:



Usah banding harga kopi ais Putrajaya dengan di kampung



Saudara Pengarang,

SAYA tertarik dengan komen yang diberikan oleh Orang Kampung, Kuala Pilah
tentang rungutan harga kopi ais di Putrajaya. Gerai (taman selera) di belakang
kawasan masjid yang dimaksudkan oleh Orang Kampung (OK) ialah Selera Putra dan
saya dapat agak yang mana satu gerai tempat dia membeli kopi aisnya.


Untuk pengetahuan OK ada bermacam-macam gerai lain di situ termasuklah gerai
mamak yang biasa.


Kenapa memilih gerai yang terpampang nama sebuah bandar atau negeri di AS? Jika
gerainya nampak cantik sudah pasti menuntut kita berbelanja lebih.


Kalau OK melihat gerai mamak di situ, gerainya biasa saja dan harganya pun agak
berpatutan. Gerai-gerai lain juga lebih kurang harganya.


Kita sebagai pengguna berhak memilih. Harga-harga di situ harga yang standard
jika dijual di bandar-bandar besar. Bagi saya, harga minuman segelas kopi ais
di hotel lebih mahal daripada kopi ais yang dibeli oleh OK di situ.


Janganlah salahkan pihak berkuasa kerana membenarkan mereka beroperasi dengan
harga sedemikian. Lihat dulu papan tanda yang telah ditulis harga kopi ais
tersebut. Pilih harga yang kita mampu dan jangan membuta tuli memesan minuman,
kemudian apabila diberitahu harganya terkejut pula.


Saya tidaklah menafikan harga makanan di situ mahal sedikit, tetapi saya
percaya kerana sewa dan kos penyelenggaraan tempat tersebut yang tinggi. Lihat
saja tempatnya yang berhawa dingin, kerusi meja yang disusun dan pemandangan di
kawasan tersebut.


Saya juga berasal dari kampung tapi tidaklah berasa hairan dengan keadaan
tersebut. Kalau nak semuanya murah bawa saja bekal dari kampung.


Saya agak terkilan dengan pendapat OK kerana membeza-bezakan harga kopi ais di
kampung dengan harga kopi ais di Putrajaya.


Tolonglah jadi orang kampung yang celik dan sedar dengan peredaran masa. - PENGHUNI
PUTRAJAYA.





Happy new year everyone!!

just my 2cents at 11:17 AM |

0 Comments:

Post a Comment

<< Home